KUALA NERUS, 23 Julai – Dua gol jaringan penyerang kesayangan ramai, Tcheche Kipre membantu Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengatasi Kuching City FC, 4-1 dalam aksi suku akhir Piala FA 2022, sebentar tadi.
Seawal minit pertama, Terengganu FC menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri dengan menggasak kubu Kuching City FC bertubi-tubi.
Meskipun tanpa kehadiran dua tonggak import iaitu Pape Diakite dan Habib Haroon, skuad kendalian Nafuzi Zain tampak mendominasi permainan dengan Argzim Redzovic mengetuai barisan pertahanan.
Pada minit ke-18, tuan rumah hampir dihadiahkan penalti setelah situasi kelam-kabut di hadapan gol pasukan pelawat.
GET MORE NEWS ON
FAFATALLTIMESPORTS.COM